MAHKAMAH Pilihan Raya di Johor Bahru mengesahkan kemenangan calon KEADILAN Arthur Chiong dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor bagi kerusi DUN Bukit Batu.
Terdahulu pada Selasa, Hakim Azizul Azmi Adnan menolak petisyen pilihan raya dikemukakan calon Barisan Nasional (BN), S Suppayah.
Mahkamah memutuskan bahawa petisyen Suppayah adalah “rosak” dan tidak mematuhi keperluan bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Suppayah dalam petisyen mendakwa permintaannya untuk mengira semula undi di beberapa pusat pengundian ditolak oleh pegawai SPR dan penolakan permintaannya itu tidak mematuhi undang-undang kecil pilihan raya.
Seterusnya mendakwa dia mungkin memenangi kerusi itu jika SPR tidak menolak permintaannya.
Susulan keputusan mahkamah itu, Azizul mengarahkan Suppayah membayar kos RM30,000 setiap seorang kepada Chiong dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Chiong memenangi kerusi Bukit Batu dengan majoriti 137 undi pada PRN Johor Mac lalu. Beliau menewaskan Suppayah, Tan Heng Choon daripada Perikatan Nasional (PN) dan Lee Ming Wen daripada Warisan.

![]() |
Mahkamah tolak petisyen calon BN |
G Manivanan, Adi Zulkarnian Zulkafli, Lau Yi Leong, Adly Zulfadhly Zulkefly dan Tan Wye Nye mewakili Chiong manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin dan Sallehuddin Md Ali mewakili SPR.
Suppayah diwakili peguam Rajasekaran Thiyagarajan.

0 Comments