Oleh: MOHAMAD AGUS YUSOFF | Pada 2 Jun 2022, saya membuat posting Facebook bertajuk Adakah kerajaan kita di landasan yang betul?
Saya menegaskan tidak di landasan yang betul kerana kerajaan tidak mempunyai dasar yang jelas dalam menyelesaikan masalah pekerjaan, krisis makanan, kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kos sara hidup, dan pengaliran keluar pelabur asing.
Saya lalu menzahirkan kehairanan bagaimana setelah Bank Negara menaikkan OPR kepada 2%, kerajaan boleh lagi melaporkan pertumbuhan ekonomi negara meningkat kukuh dan mampan.
Saya terima pelbagai reaksi balas. Biarlah.
Pagi ini saya membaca posting Tan Sri Noor Azlan Ghazali, bekas VC UKM, dan pakar ekonomi negara. Beliau memberikan data seperti yang saya lampirkan. Tulisnya keadaan ekonomi Malaysia sekarang ialah dalam keadaan Risk of Stagflation. Teliti data itu.
Stagflasi dalam bahasa mudah ialah pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan pengangguran yang agak tinggi, dan pada masa yang sama disertai dengan kenaikan harga (iaitu, inflasi). Stagflasi juga adalah tempoh inflasi yang digabungkan dengan penurunan dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Begitulah keadaan ekonomi negara sekarang. Itu belum lagi dinilai kesan kenaikan interest rate AS yang diumumkan semalam terhadap nilai ringgit dan ekonomi negara.
Saya mahu pesan perkara berikut sahaja. Menteri yang berkaitan tolong ambil tindakan pembetulan segera. Kumpul tokoh-tokoh ekonomi berwibawa untuk membantu.
![]() |
Menteri jangan buat kenyataan jengkel |
PROF DATUK DR MOHAMAD AGUS YUSOFF adalah ahli akademik dan pengamat politik di Universiti Kebangsaan Malaysia
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis yang disiarkan di Facebooknya pada 16 Jun dan ia tidak mencerminkan pendirian KartelMedia.