Sokong hukum diyat ganti hukum mati mandotori


WALAUPUN bukan seorang yang beragama Islam, wakil rakyat KEADILAN Ong Khan Lee menyokong pelaksanaan konsep diyat (pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan penjenayah).

ADUN Kebun Bunga itu berkata, penerapan nilai belas ihsan wujud dalam setiap agama utama, justeru konsep diyat dibawakan Islam adalah langkah positif untuk bergerak ke arah masyarakat yang aman dan adil susulan keputusan pemansuhan hukuman mati mandatori.

“Sebagai seorang peguam, bukan Islam dan Kristian, saya menyokong pampasan diyat sebagai alternatif kepada hukuman mati,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut memberi pandangan bahawa masyarakat dengan nilai belas ihsan dan pemaaf adalah jauh lebih baik berbanding masyarakat yang tertumpu kepada hukuman semata-mata.

Meskipun keluarga mangsa mungkin tidak berpuas hati dengan pampasan kewangan, namun melalui konsep itu ia dilihat dapat menyemai rasa belas ihsan dalam diri mereka seperti diterapkan dalam Al-Quran.

“Al-Quran menekankan beberapa kata kunci seperti ‘rahmah’, ‘ihsan’ dan ‘hikmah’, dengan sifat pengasih, penyayang, pemurah, adil dan bijaksana adalah teras kepada ajaran Islam,” katanya  dipetik


Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi sidang media khas memaklumkan konsep diyat antara pertimbangan sebagai hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.

Hukum Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya.

Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Sokong guna konsep perundangan Islam


Menurut Wan Junaidi lagi, cadangan itu datang dari pelbagai pihak, namun perbincangan dengan ilmuwan syariah atau mufti negeri mengenainya belum dilakukan.

 
Sebelum itu, hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dipinda pada 2018 lalu yang membolehkan budi bicara digantikan dengan hukuman lain.

Usaha itu dimulakan kerajaan Pakatan Harapan.

Post a Comment

0 Comments