Dr Rozmey lega bekas penasihat kene penjara


SIAPA
tidak kenal Datuk Dr Che Rozmey Che Din. Satu ketika dahulu beliau dikenali ramai dan menjadi sebutan di seluruh negara.

Terkenal sebagai usahawan dan jutawan produk kesihatan melalui produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5), nama Dr. Rozmey bersinar lebih awal sebelum kemunculan jutawan kosmetik lain seperti Dr. Vida atau Aliff Syukri Kamarzaman.

Nama Dr Rozmey tiba-tiba tenggelam, perniagaannya didakwa musnah kerana masalah dalaman.

Terbahru, seorang lelaki yang merupakan bekas penasihat peribadinya dijatuhkan penjara 5 dan denda RM90,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar.

Abdullah Sani Ismail, 64, didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan nilai RM246,600 membabitkan syarikat dimiliki Dr Romzey sejak lima tahun lalu.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukum penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan dengan semua hukuman dijalankan serentak.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 24 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mahkamah membenarkan penagguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan difailkan.

Sementara, Che Rozmey ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah bersyukur keadilan berpihak kepadanya selepas menunggu sejak beberapa tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur keputusan ini secara tidak langsung membersihkan nama saya yang difitnah dengan pelbagai perkara selama ini. Walaupun tidak mungkin dapat semula wang yang hilang, sekurang-kurangnya maruah diri saya terbela,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments