DALAM keadaan darurat, Parlimen masih boleh bersidang dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai hak untuk membuat keputusan berhubung perkara itu walaupun tanpa nasihat Perdana Menteri, tegas pakar undang-undang.
Peguam, Haniff Khatri yang dipetik laporan portal Sinar berkata keadaan ketika darurat tidak serupa dengan keadaaan sebelum perintah itu dikuatkuasakan dimana Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan kuasa mutlak di bawah Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu) 2021.
"Sebenarnya dalam keadaan darurat tidak ada ordinan khusus maka Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan kuasa penuh berhubung urus tadbir kerajaan tanpa perlu meminta nasihat Perdana Menteri.
“Apa yang menjadi persoalan ramai ketika ini adalah berhubung titah Yang di-Pertuan Agong yang mengizinkan sidang Parlimen dijalankan, namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan memberi kenyataan bahawa sidang Parlimen tidak akan diadakan semasa tempoh darurat,” katanya dipetik.
Sementara itu katanya,kenyataan Takiyuddin bahawakerajaan memutuskan masih tiada lagi keperluan untuk sidang Parlimen diadakan ketika tempoh darurat perlu diteliti semula dari sudut undang-undang.
Ia termasuk adakah beliau telah melakukan kesalahan terhadap institusi diraja disebabkan kenyataannya itu.
“Bagi saya, sepatutnya perkara ini perlu dirujuk kepada Peguam Negara kerana ia lebih kepada urus tadbir kerajaan dan melibatkan undang-undang dan bukan kesalahan jenayah.
“Maka tugas Peguam Negara dalam menyelesaikan isu yang timbul ini diperlukan agar rakyat lebih jelas dengan keadaan situasi semasa buat masa ini,” katanya lagi.
Peguam, Haniff Khatri yang dipetik laporan portal Sinar berkata keadaan ketika darurat tidak serupa dengan keadaaan sebelum perintah itu dikuatkuasakan dimana Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan kuasa mutlak di bawah Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu) 2021.
"Sebenarnya dalam keadaan darurat tidak ada ordinan khusus maka Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan kuasa penuh berhubung urus tadbir kerajaan tanpa perlu meminta nasihat Perdana Menteri.
“Apa yang menjadi persoalan ramai ketika ini adalah berhubung titah Yang di-Pertuan Agong yang mengizinkan sidang Parlimen dijalankan, namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan memberi kenyataan bahawa sidang Parlimen tidak akan diadakan semasa tempoh darurat,” katanya dipetik.
Sementara itu katanya,kenyataan Takiyuddin bahawakerajaan memutuskan masih tiada lagi keperluan untuk sidang Parlimen diadakan ketika tempoh darurat perlu diteliti semula dari sudut undang-undang.
Ia termasuk adakah beliau telah melakukan kesalahan terhadap institusi diraja disebabkan kenyataannya itu.
![]() |
Kenyataan Takiyuddin perlu diteliti, tegas Haniff |

0 Comments