KERAJAAN Persekutuan digesa supaya mengembalikan Program Sarapan Percuma (PSP) untuk semua murid di seluruh negara.
Gesaan itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (HARAPAN) Dr Maszlee Malik susulan dampak penularan pandemik Covid 19 terhadap perkembangan nutrisi anak-anak dan sosio-ekonomi keluarga.
Menerusi satu kenyataan, jawatankuasa itu menyatakan, susulan pendemik itu, dianggarkan hampir 70 peratus murid tidak mengambil sarapan ketika sesi persekolahan.
Mereka menjelaskan, terdapat juga beberapa laporan dari Unicef, dan Khazanah Research Institute yang mendedahkan bahawa, terdapat ramai kanak-kanak Malaysia yang kekurangan zat makanan.
“PSP akan menjadi sebuah program intervensi untuk memastikan semua murid mendapat sarapan berkhasiat sepanjang tahun tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi mereka.
“PSP juga akan memberi manfaat kepada lebih dari 2.4 juta keluarga miskin di seluruh negara yang sebahagiannya adalah warga M40 yang hari ini telah jatuh menjadi warga B40 akibat wabak ini," katanya.
Maszlee yang juga bekas menteri pendidikan berkata, program tersebut bukan sahaja akan memberi faedah kepada ibu-bapa dan pengusaha kantin sekolah.
Untuk rekod, PSP dilaksanakan kerajaan HARAPAN pada tahun 2019. Ia bertujuan untuk membekalkan makanan nutrisi kepada pelajar tanpa mengira status sosio-ekonomi.
![]() |
PSP dilaksanakan pada 2019 |
0 Comments