Indonesia gantung semua penerbangan hingga 1 Jun


NEGARA
jiran Indonesia mengumumkan larangan penerbangan  dalam negeri dan antarabangsa berkuat kuasa sehingga 1 Jun 2020.

Larangan itu meliputi apa-apa jenis penerbangan komersial dan persendirian, kata  Direktur Jenderal Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan (Pengangkutan), Novie Riyanto dalam satu kenyataan.

Langkah tegas itu dibuat dipercayai bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara itu, selaras  perintah Presiden Indonesia, Joko Widodo yang melarang semua aktiviti bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah.

Novie Riyanto
Difahamkan, aktiviti balik kampung itu bagi menyambut Aidilfitri melibatkan pergerakan berjuta-juta orang dari kota-kota utama ke wilayah-wilayah lain ke seluruh Indonesia melalui jalan udara, laut dan darat. Ia dibimbangi memburukkan lagi pendemik berkenaan di negara itu.

Bagaimanapun menurut Novie, larangan itu terkecuali untuk penerbangan yang membawa pemimpin tertinggi negara itu atau pemimpin negara luar.

Pesawat yang membawa pulang rakyat Indonesia dari negara luar dan operasi penerbangan yang membawa warga negara asing di Indonesia untuk pulang ke negara mereka masih dibenarkan.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi sebelum sebelumini mengumumkan Indonesia menutup kemasukan pelawat luar dan menghalang rakyatnya keluar negara berkuat kuasa 20 Mac lepas sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
 

Post a Comment

0 Comments