KECATATAN pada rekaan pesawat Boeing 737 MAX dikenal pasti sebagai antara faktor menyebabkan nahas Lion Air di perairan Tanjung Karawang pada 29 Oktober tahun lalu.
Draf hasil siasatan rasmi pertama kerajaan Indonesia yang didedahkan baru-baru ini mendapati terdapat ada masalah pada rekaan alat mengesan kepincangan.
![]() |
Penyiasat memeriksa enjin pesawat |
Wall Street Journal (WSJ) dalam laporannya yang memetik draf itu berkata, siasatan turut mendapati kelemahan pada kelulusan kawal selia Amerika Syarikat (AS) selain beberapa kesilapan juruterbang dan penyelenggaraan terhadap pesawat berkenaan.
Sebagai rekod, hampir semua syarikat penerbangan telah 'merehatkan' perkhidmatan pesawat berkenaan sejak Mac.
Ia susulan kemalangan maut Ethiopian Airlines dan insiden ngeri Lion Air yang membunuh 189 dalam pesawat.
Sebelum ini, pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan terdapat masalah membabitkan kompenan antaranya dikenali sebagai jalur ‘slat’ pada pesawat berkenaan.
Susulan kemalangan tersebut, Penyiasat nahas difahamkan bakal mengumumkan sejumlah syor-syor keselamatan secara berasingan.
Ia termasuk mempertingkatkan kemahiran penerbangan manual juruterbang dan meningkatkan penyelidikan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) terhadap reka bentuk pesawat baru, kata akhbar itu.

0 Comments