MAHKAMAH TINGGI menetapkan pengurusan kes saman dikemuka 10 pengundi Gombak terhadap Ahli Parlimen kawasan itu. Mohammad Azmin Ali, atas dakwaan penipuan dan melanggar kewajipan fidusiari pada 28 Disember depan.
Perkara itu dinyatakan peguam Yohendra Nadarajan yang mewakili pengundi selepas selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Maslinda Selamat.
“Saya memberi penerangan kepada mahkamah mengenai saman tersebut dan memaklumkan kepadanya bahawa kertas kausa telah diserahkan kepada defendan (Azmin) pada 1 Dis,” katanya.
Walau bagaimanapun menurut Yohendra, pendaftar mahkamah belum memutuskan hakim yang akan ditugaskan untuk mendengar kes itu.
Sebelum ini, 10 pengundi terbabit mahukan deklarasi bahawa menteri dibawah pentadbiran Muhyiddin Yassin itu sebagai pemegang amanah, mempunyai tugas fidusiari sebagai wakil rakyat.
Mereka juga mahukan pengisytiharan bahawa Azmin melakukan tort penipuan terhadap mereka dan bahawa dia memungkiri sumpah perlembagaan mengikut Perkara 59(1) yang dibaca bersama Jadual Keenam Perlembagaan.
Azmin didakwa menipu |
Mereka mengatakan Azmin menyebabkan kejatuhan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Februari dan menyertai pentadbiran Perikatan Nasional (PN), yang mengandungi Barisan Nasional (BN), termasuk orang yang Azmin sendiri akui dituduh terlibat dalam kegiatan rasuah.
0 Comments