SEORANG individu dilapor telah memulakan satu petisyen di Change.org mendesak gaji menteri kerajaan Perikatan Nasional dipotong kepada 50 peratus.
Dipetik laporan media, individu bernama Francis Carlos mencadangkan lebihan potongan gaji Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, anggota Jemaah Menteri itu disumbangkan kepada dana Tabung Prihatin.
Beliau turut mencadangkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menyumbang setengah gaji mereka kepada tabung berkenaan sebagai menunjukkan rasa belas kasihan kepada rakyat yang terkesan dengan pendemik Covid-19 yang semakin teruk sehingga perintah 'penutupan penuh' terpaksa sekali lagi dikuatkuasakan.
"Ini akan membantu menyokong dan memberikan bantuan wang tunai kepada golongan miskin kelas B40 dan M40 yang terjejas teruk akibat ‘lockdown’,” kata petisyen itu.
Carlos turut memberi alasan bahawa pemotongan gaji itu wajar kerana Parlimen dan DUN ditutup akibat darurat, sehingga wakil rakyat tidak dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka untuk memenuhi keperluan rakyat semasa wabak Covid-19.
Gesaan supaya gaji menteri dan timbalan dipotong bukan idea baru, cadangan itu sebelum ini turut pernah disuarakan Pemuda parti PUTRA.
Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif dalam satu kenyataan berkata, mereka mahu Muhyiddin segera memotong dan “mewakafkan sebahagian gaji” Menteri, Timbalan Menteri dan jawatan bertaraf menteri.
Ia susulan saranan Muhyiddin supaya penjawat awam berwakaf melalui potongan gaji bagi membantu ekonomi negara.

![]() |
Petisyen sudah peroleh lebih 30,000 tandatangan |
Sementara itu, setakat 11.00 pagi tadi petisyen dimulakan Carlos telah memperoleh lebih 30,000 tandatangan.
0 Comments