AHLI PARLIMEN Bandar Kuching Dr Kelvin Yii yang dipetik laporan FMT berkata, peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan kadang-kadang saling bertentangan dan mengelirukan.
Tambahnya, kerajaan berbolak balik dalam dasarnya mengenai taman awam dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKPK) terbaru ini.
Beliau merujuk perubahan dasar mengenai jumlah orang yang dibenarkan dalam kereta semasa PKP bersyarat tahun lalu, serta SOP kuarantin di rumah yang tidak jelas.
“Selain itu, jelas wujud dwistandard daripada segi penguatkuasaan yang tidak menyuburkan keyakinan dan memberi contoh yang baik kepada masyarakat umum,” katanya dipetik laporan itu.
Beliau sebelumnya mengulas kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob yang berkata, lonjakan kes Covid-19 berpunca daripada kegagalan mematuhi penjarakan fizikal, terutamanya semasa pilihan raya Sabah.
Sebagai rekod, pada Disember lalu Ismail dikecam setelah gambarnya di sebuah restoran di Melaka yang dianggap gagal mematuhi penjarakan fizikal tular.
Beliau walau bagaimanapun mendakwa gambar tersebut diambil pada sudut yang menunjukkan semua orang duduk berdekatan dengan satu sama lain, selain menambah bahawa jarak sebuah kerusi di antara setiap pengunjung sudah mencukupi.
Tambahnya, kerajaan berbolak balik dalam dasarnya mengenai taman awam dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKPK) terbaru ini.
Beliau merujuk perubahan dasar mengenai jumlah orang yang dibenarkan dalam kereta semasa PKP bersyarat tahun lalu, serta SOP kuarantin di rumah yang tidak jelas.
“Selain itu, jelas wujud dwistandard daripada segi penguatkuasaan yang tidak menyuburkan keyakinan dan memberi contoh yang baik kepada masyarakat umum,” katanya dipetik laporan itu.
Beliau sebelumnya mengulas kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob yang berkata, lonjakan kes Covid-19 berpunca daripada kegagalan mematuhi penjarakan fizikal, terutamanya semasa pilihan raya Sabah.
![]() |
SOP berubah kelirukan rakyat, kata Kelvi |

0 Comments