BEBERAPA pemimpin pembangkang mempersoalkan kehadiran Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dalam mesyuarat Majlis Presiden kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diadakan secara atas talian semalam.
Bekas Timbalan Menteri, Hannah Yeoh melalui laman twitternya mengkritik kehadiran penjawat awam dalam mesyuarat politik itu sambil menegaskan ia sebagai tindakan tidak profesional.
“Kenapa Ketua Setiausaha Negara (KSN) boleh terlibat dalam mesyuarat politik Perikatan Nasional?
“Jangan libatkan penjawat awam dalam mesyuarat politik. Tidak profesional,” kata Ahli Parlimen Segambut itu.
Terdahulu, Muhyiddin Yassin berkongsikan gambar mesyuarat dihadiri 11 presiden lain dari Umno, PAS, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, STAR dan SAPP manakala PBRS diwakili Timbalan Presiden.
Melalui perkongsian di Facebook itu Pengerusi parti Bersatu itu turut memberitahu bahawa Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Norhizan Ismail terlibat dalam mesyuarat itu bagi memberi taklimat mengenai Proklamasi Darurat.
Sementara itu, Muhyiddin Yassin turut memaklumkan, kesemua pemimpin dalam Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan terperinci mengenai Ordinan Darurat.
Walau bagaimanapun di media sosial, rakyat mengkritik kenyataan itu susulan Ordinan Darurat yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong merupakan usul yang dibawa PN sendiri dan kenyataan Muhyiddin itu seolah-olah 'masuk bakul, angkat sendiri'.
Sebagai rekod, Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh didakwa telah hilang majoriti dalam Dewan Rakyat, tidak kurang ada yang beranggapan proklamasi darurat satu cubaan untuk kekal berkuasa memandangkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen tidak akan dijalankan.
Bekas Timbalan Menteri, Hannah Yeoh melalui laman twitternya mengkritik kehadiran penjawat awam dalam mesyuarat politik itu sambil menegaskan ia sebagai tindakan tidak profesional.
“Kenapa Ketua Setiausaha Negara (KSN) boleh terlibat dalam mesyuarat politik Perikatan Nasional?
“Jangan libatkan penjawat awam dalam mesyuarat politik. Tidak profesional,” kata Ahli Parlimen Segambut itu.
Terdahulu, Muhyiddin Yassin berkongsikan gambar mesyuarat dihadiri 11 presiden lain dari Umno, PAS, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, STAR dan SAPP manakala PBRS diwakili Timbalan Presiden.
Melalui perkongsian di Facebook itu Pengerusi parti Bersatu itu turut memberitahu bahawa Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Norhizan Ismail terlibat dalam mesyuarat itu bagi memberi taklimat mengenai Proklamasi Darurat.
Sementara itu, Muhyiddin Yassin turut memaklumkan, kesemua pemimpin dalam Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan terperinci mengenai Ordinan Darurat.
![]() |
Hannah pertikai kehadiran penjawat awam |

0 Comments