TIGA pengerusi parti-parti gabungan di dalam Pakatan Harapan (PH) Perak dijadual menghadap Sultan Perak.
Perkara itu disahkan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang memaklumkan pertemuan bersama Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan diadakan di Istana Kinta jam 11 pagi.
Pertemuan itu dipercayai berkaitan perkembangan politik di negeri itu.
Menurut Farhash, turut dijadualkan bersama dalam pertemuan itu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi.
"Tiga pengerusi parti Pakatan Harapan akan menghadap Sultan Perak dan akan berbincang dan meminta nasihat daripada Tuanku tentang peranan yang boleh dimainkan HARAPAN dalam situasi politik di Perak," katanya dipetik laporan Sinar.
Semalam, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu hilang kepercayaan di dalam DUN Perak selepas undi percaya terhadapnya ditolak majoriti ADUN.
Dalam pengundian belah bahagi itu, ADUN Chenderiang itu hanya memperoleh 10 undi menyokong berbanding 48 undi yang menolak usul undi percaya berkenaan.
MB Perak dari Bersatu tersingkir dalam DUN |
Pengerusinya berkata, bagaimanapun belum ada perbincangan dengan mana-mana parti politik mengenai perkara tersebut.
0 Comments