TENTERA Amerika Syarikat (AS) didakwa tidak hanya mensasarkan komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Qassem Soleimani dalam serangan pada awal Januari lalu.
Sebaliknya, tentera AS turut dilapor cuba membunuh Komander Kanan Pasukan Quds di Sanaa, Abdul Reza Shahlai pada hari sama dimana serangan dilakukan terhadap Soleimani.
The Washington Post yang memetik kenyataan pegawai di Washington dan rangkaian berita berpusat di AS melaporkan bagaimana pun serangan terhadap Shahlai yang bergerak secara aktif membantu tentera Yemen menangkis serangan tentera gabungan Arab tersasar dan tidak berjaya.
Laporan itu didedahkan kepada umum selepas Dewan Perwakilan mengecam keputusan pentadbiran Donald Trump yang melancarkan serangan ke atas pegawai kanan tentera Iran yang didakwa bertujuan untuk menjatuhkan kepimpinan Pasukan Quds.
Dewan Perwakilan AS pada Khamis lalu meluluskan resolusi mengehadkan kuasa Trump daripada mengeluarkan sebarang arahan berhubung tindakan ketenteraan selanjutnya ke atas Teheran.
Trump menurut New York Times juga didakwa menawarkan ganjaran AS$15 juta (RM61.15 juta) kepada individu dapat memberikan maklumat tentang Shahlai yang didakwa terlibat dalam rancangan membunuh Duta Arab Saudi ke Washington pada 2011.
0 Comments