BEKAS ADUN Umno di Melaka yang melompat parti dan menyebabkan tercetusnya Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak dianggap sebagai 'pengkhianat'.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu rakaman menjelaskan bahawa tindakan mereka sebenarnya hanya bertujuan mengembalikan semula mandat rakyat kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
“Bila kita sebut istilah pengkhianat, khianat kepada siapa.
"Naratifnya seperti yang disebut oleh HARAPAN Melaka, KEADILAN, DAP dan Amanah, empat (Adun) itu menarik sokongan untuk membolehkan parti yang mendapat mandat dalam pilihan raya lalu kembali berkuasa.
"Maknanya dia bukan khianat amanah kepada rakyat. Dia bincang bersama HARAPAN Melaka dengan sikap yang jelas untuk mengembalikan mandat yang dirampas," katanya Presiden KEADILAN itu.
Terdahulu empat ADUN menarik balik sokongan mereka kepada ketua menteri sebelum ini, Sulaiman Md Ali.
Mereka ialah bekas ketua menteri, Idris Haron (Umno-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Idris Haron dan Nor Azman kemudian diumum bakal bertanding dibawah tiket HARAPAN, Norhizam pula bertanding semula sebagai calon bebas setelah HARAPAN enggan bekerjasama dengan bekas ADUN DAP yang bertindakan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan Melaka pimpinan HARAPAN ketika itu tumbang.
Sementara itu Anwar turut menegaskan isu lompat parti tidak timbul kerana DUN Melaka telah pun dibubarkan.
Katanya, dia juga pada awalnya mempunyai keraguan untuk menerima kedua-dua bekas Adun Umno itu sebelum akhirnya bersetuju menerima mereka.
Satu langkah untuk kembalikan mandat rakyat |
Bagaimanapun katanya, selepas dipanggil oleh presiden Umno, Idris menyatakan sikap untuk tidak boleh menerima 'penyelewengan dan rasuah' dalam parti berkenaan.
"Itu bagi kawan-kawan kita dalam HARAPAN lebih meyakinkan,” jelas Anwar.
0 Comments