PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) bakal mengumumkan calonnya untuk ketua menteri Melaka minggu ini, menurut Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Menurut Salahuddin, Majlis Presiden HARAPAN itu telah mencapai satu konsensus mengenai calon yang akan ditawarkan oleh PH untuk menerajui kerajaan negeri itu sekiranya mereka sekali lagi memenagi mandat rakyat seperti Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
"Ia telah dibincangkan, dan kami telah mencapai persefahaman. Hanya menunggu untuk mengumumkan nama pada masa yang sesuai," katanya semasa temu bual eksklusif di Ayer Keroh.
"Mungkin dalam satu atau dua hari selepas hari penamaan calon. Majlis presiden akan mengumumkan keputusan itu," katanya.
Hari penamaan calon pilihan raya DUN Melaka akan berlangsung pagi ini, manakala pengundian akan berlangsung pada 20 Nov di 28 kerusi DUN.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam menggesa gabungan itu segera mengumumkan Naib Presiden Amanah Adly Zahari sebagai pilihan gabungan itu untuk jawatan Ketua Menteri.
Adly menjadi Ketua Menteri dari Mei 2018 hingga Mac 2020, tindakan lompat parti beberapa ADUN susulan insiden 'langkah Sheraton mengakibatkan kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Adly.
Selain Adly, turut disebut bakal dilantik mengetuai kerajaan negeri adalah bekas Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin.
Spekulasi melibatkan Shamsul dikuatkan lagi selepas dia akan diletakkan bertanding di Paya Rumput walaupun kini sudah menjadi Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.
Sementara itu Adly dipetik laporan media dalam satu wawancara berkata keutamaannya ialah HARAPAN memenangi pilihan raya dan menyerahkan urusan jawatan ketua menteri kepada majlis presiden untuk membuat keputusan.
“Jika anda bertanya kepada saya, saya serahkan kepada majlis presiden HARAPAN untuk membuat keputusan.
"Bagi saya, apa yang penting ialah bagaimana HARAPAN boleh mendapat majoriti dan menjadi kerajaan negeri," katanya.

Siapa bakal jadi Ketua Menteri? |