Oleh MOHD SAYUTI OMAR | Apabila Pakatan Harapan (HARAPAN) memutuskan untuk menerima Idris Haron dan Nor Azman Hasan sebagai calon mereka, ramai yang tidak puas hati dan marah-marah. Dengan menganggapnya sebagai katak, mereka yang marah berpendapat tidak perlu mereka diambil.
Ada munasabahnya. Seawalnya saya juga berkira begitu. Namun, dalam politik atau apa-apa pertubuhan apabila ia dibuat keputusan secara majoriti ia hendaklah dihormati.
Pimpinan HARAPAN tentu ada perkiraannya sendiri kenapa mereka berdua diambil. Perlawanan tentu inginkan kemenangan. Mungkin mereka fikir dua orang boleh menyumbang kemenangan maka mereka diambil.
Sebenarnya masalah katak itu dan moral politik, bukan sahaja ada dalam HARAPAN, dalam Umno dan PN juga ada.
Bahkan, kesemua yang berada dalam PN itu terdiri daripada mereka yang
boleh dianggap katak. Berbandingkan parti mana yang banyak jumlah
katak.
Isu 'katak' hangat diperkatakan |
Jadi, perbetulkan akal politik anda. Atau kalau sudah hilang sabar
dan tidak dapat menerima hal-hal kotor begitu, elok sertai parti MUDA
pimpinan Syed Saddiq. Parti budak yang tidak faham cara orang tua
berfikir.
MOHD SAYUTI OMAR adalah pemerhati politik semasa tanah air yang pernah menghasilkan beberapa naskah buku.
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis , ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartelmedia.
0 Comments