Bekas Exco era BN diarah bela diri atas 33 tuduhan rasuah


BEKAS Exco Kerajaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi diarah membela diri terhadap 33 pertuduhan rasuah dan empat dakwaan pengubahan wang haram yang didakwa dilakukannya empat tahun lalu.

Arahan bela diri atas pertuduhan sama oleh Mahkamat Tinggi Johor Bahru itu turut membabitkan anak lelakinya, Ahmad Fauzan Hatim dan perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Keputusan itu juga difahamkan mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 21 April 2019 yang melepaskan dan membebaskan ketiga-tiga tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan masing-masing RM800,000 kepada Abd Latif dan Amir Shariffuddin manakala Ahmad Fauzan RM300,000 dengan masing-masing dua penjamin.

Sebutan semula kes akan dibuat di Mahkamah Sesyen (Rasuah) Johor Bahru, jam 11 pagi, pada 14 November ini.

Semakan mendapati Abd Latif adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Endau N32 daripada Umno.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13. dia di pilih untuk memegang jawatan EXCO Perumahan & Kerajaan Tempatan.

Sementara itu Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh keputusan.

Turut diperintah bela diri atas tuduhan AMLA
Pada 14 Jun 2017, Abd Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin masing-masing menghadapi empat pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram dan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Abd Latif, Ahmad Fauzan Hatim dan Amir Shariffuddin juga masing-masing menghadapi 33 pertuduhan berasingan membabitkan rasuah bernilai RM30.3 juta mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009.

Post a Comment

0 Comments