Dah jadi kubu kuat Umno, tapi BN letak calon MCA



SEMBILAN Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban dilapor telah ditutup.

Penutupan itu dibuat kurang 24 jam selepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini, dipetik laporan media.

Memetik Utusan Malaysia, difahamkan penutupan sembilan PDM berpunca daripada perasaan kecewa apabila kerusi itu bakal ditandingi MCA.

PDM yang ditutup mulai Jumaat ialah Pondok Kempas, Kesang Tua, Seri Bemban, Tehel, Taman Maju, Air Panas, Air Kangkong, Air Barok dan Kesang Jaya.

Laporan turut menyatakan kerja-kerja mengemas kerusi dan meja termasuk menurunkan semua bendera BN dilakukan oleh petugas Umno cawangan di situ.

Protes itu dijangka menjejaskan persiapan BN menghadapi Pilihan Raya itu.

Koh Chin Han dicalonkan MCA di DUN Bemban bagi menghadapi penyandang kerusi itu dari DAP, Wong Port Pin.

Chin Han yang tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Sementara itu akar umbi Umno di Melaka dan memberi isyarat awal beberapa calon yang bertanding bakal diboikot dalam PRN itu nanti.

Ia berikutan tidak semua senarai calon itu disambut dengan baik pemimpin akar umbi UMNO.

Setiausaha UMNO Bahagian Jasin, Datuk Abdul Kalam Hassan antara yang terawal membuat kenyataan secara terbuka menolak senarai calon setelah Ketua Umno Jasin, Datuk Hasan Rahman tidak dicalonkan semula.

Keadaan serupa turut berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim apabila calon muka baharu yang diletak bukan anak jati menetap dikawasan tersebut.

Akar umbi Umno dilapor tak puas hati
Di Bemban pula, katanya, dalam kalangan ketua cawangan dan ahli amat kecewa selepas calon MCA diumumkan bertanding di DUN berkenaan.

“Selepas BN tumbang, kita jadikan Bemban sebagai kubu kuat Umno dengan gerak kerja telah diatur dan dipupuk selama dua tahun. Tba-tiba ia tidak menjadi kenyataan apabila kerusi ini diserahkan semula kepada MCA,” katanya dipetik Agenda daily.

Post a Comment

0 Comments