SEKURANG-KURANGNYA 46 terkorban selepas gempa berukuran 5.6 skala Richter menggegar Pulau Jawa, Indonesia pada Isnin.
Dipetik laporan media, 700 penduduk tempatan turut dilapor mengalami kecederaan dalam bencana itu. Gegaran kuat pada 13.21 waktu tempatan (0621 GMT) itu turut dirasai sehingga Jakarta yang terletak kira-kira 100 km dari Cianjur.
"Angka kematian dijangka meningkat memandangkan banyak kawasan terjejas. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) juga sedang giat dilakukan untuk membantu penduduk kampung yang masih terperangkap,"kata Ketua Pentadbiran Kabupaten Cianjur di Jawa Barat, Herman Suherman
Media tempatan turut melaporkan Situasi menjadi agak huru-hara malah hospital di bandar berkenaan juga sesak berikutan ambulans dilihat bertali arus membawa mangsa dari perkampungan terjejas.
Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula memaklumkan pusat gempa berada di wilayah Cianjur pada kedalaman 10 kilometer (km).
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) bagaimanapun menyatakan gempa itu tidak berpotensi mencetuskan gelombang tsunami.
Ketika ini, Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati memberi amaran penduduk di sekitar kawasan gempa supaya berwaspada dengan gegaran susulan.
"Penduduk disarankan berada di kawasan lapang buat masa ini," ujarnya.
Dipetik laporan media, 700 penduduk tempatan turut dilapor mengalami kecederaan dalam bencana itu. Gegaran kuat pada 13.21 waktu tempatan (0621 GMT) itu turut dirasai sehingga Jakarta yang terletak kira-kira 100 km dari Cianjur.
"Angka kematian dijangka meningkat memandangkan banyak kawasan terjejas. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) juga sedang giat dilakukan untuk membantu penduduk kampung yang masih terperangkap,"kata Ketua Pentadbiran Kabupaten Cianjur di Jawa Barat, Herman Suherman
Media tempatan turut melaporkan Situasi menjadi agak huru-hara malah hospital di bandar berkenaan juga sesak berikutan ambulans dilihat bertali arus membawa mangsa dari perkampungan terjejas.
Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula memaklumkan pusat gempa berada di wilayah Cianjur pada kedalaman 10 kilometer (km).
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) bagaimanapun menyatakan gempa itu tidak berpotensi mencetuskan gelombang tsunami.
Ratusan penduduk dilapor mengalami kecederaan |

0 Comments