Dr Joohari berlapang dada terima keputusan PRK Sungai Bakap

CALON mewakili Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin menerima secara terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semalam.

Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu pada satu sidang media di Bilik Gerakan Utama (BGU) Perpaduan di Sungai Bakap malam tadi berkata, beliau menghormati menghormati isyarat yang dizahirkan pengundi kawasan itu sekali gus menerima kekalahannya secara berlapang dada.

“Keputusan yang telah diberikan dalam pilihan raya adalah isyarat rakyat bahawa ini adalah pilihan mereka. Kita boleh terima dengan lapang dada dan kita percaya bahawa rakyat cerdik dalam membuat keputusan.

“Cuma kita mengharapkan supaya rakyat yang cerdik ini menggunakan pertimbangan berdasarkan kepada bahan-bahan yang lebih menyebabkan mereka membuat keputusan yang betul tapi saya percaya bahawa rakyat dah menilai dari semua sudut,” katanya.

Hadir sama dalam sidang media tersebut adalah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan barisan kepemimpinan KEADILAN negeri.

Dr Joohari tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail dengan majoriti 4,267 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Sungai Bakap di sini

Mengulas lanjut, Joohari menyifatkan PRK kali ini merupakan pilihan raya yang terbaik dilaksanakan jentera Kerajaan Perpaduan.

Post a Comment

0 Comments