KEPUTUSAN prosiding inkues punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan bagaimana mahkamah dibawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) bebas dalam membuat keputusan.
Pandangan itu disampaikan Profesor Dr Khairil Azmin Mokhtar dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Keputusan itu menunjukkan mahkamah bebas membuat keputusan namun siapakah penjenayah terbabit masih belum diputuskan.
"Dalam undang-undang ia masih open verdict (terbuka) dan selepas ini akan ada lagi perbicaraan dan pihak pendakwaan akan mengambil tindakan,”katanya dipetik laporan sinar.
Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Kerajaan perlu mensusuli keputusan inkues itu dengan mengheret individu bersalah ke muka pengadilan.
“Polis akan menyiasat dan akan kumpul maklumat serta keterangan. Kalau keterangan itu cukup untuk bawa seseorang ke mahkamah maka pihak pendakwaraya akan berbuat demikian,” katanya.
Mahkamah Koroner semalam membuat dapatan bahawa Muhammad Adib dipukul oleh sekumpulan individ yang tidak dikenali ketika berada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
Allahyarham ketika itu ditugaskan untuk memadamkan kebakaran dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ, November tahun lalu.
Terdahulu, Anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Narresh Rajandran yang merupakan saksi kesembilan turut menyifatkan mahkamah telah bertindak bebas dan adil dalam kes tersebut.
![]() |
Narresh antara yang cuba menyelamatkan Adib |
“Sesungguhnya Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil, ternyata keterangan kami yang benar-benar berada di tempat kejadian telah diambil kira," tambahnya.
0 Comments