Ahmad Yakob sahkan Umno-PAS mahu kahwin sebelum PRU



TIMBALAN Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob akhirnya mengakui dakwaan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) bahawa parti itu sememangnya telah lama cuba menjalin kerjasama.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahmad Yakob berkata, Pemimpin kedua-dua parti telah berusaha kearah itu sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Sebelum PRU ke-14 sudah ada usaha kepimpinan untuk sama-sama buat persefahaman antara Umno dan PAS, tetapi Allah takdirkan (ia) tidak berlaku. Tetapi ia berlaku selepas PRU," katanya dipetik.

Kenyataan Ahmad Yakob itu dilihat menamatkan teka-teki sama ada sememangnya berlaku usaha kerjasama, satu dakwaan yang sering dinafikan pemimpin kedua-dua parti sebelum PRU lalu.

Sementara itu, seorang warganet dengan nama samaran Joe Labu Awang dalam ruangan komen laporan tersebut berkata apa yang berlaku telah menyebabkan dirinya semakin hilang rasa hormat terhadap pimpinan PAS.

Komen natizen berkenaan penafian sebelum ini
"Memang jelas di sini walaupun selalu dinafikan oleh pimpinan pas bahawa kejasama meraka sudah berjalan sekian lama.

"Sehingga terpelanting setandan pimpinan pusat dan usahasanma mereka berjalan lancar.

"Sebab itu aku hilang hormat pada Haji Hadi (Abdul Hadi Awang) dan pimpinan PAS....cakap bohong penuh mulut.. nafi itu nafi ini...akhirnya terserlah kebusukan mereka.

Seorang lagi warganet sementara itu mempersoal semula isu RUU 355 yang dibawa PAS bagi menyerang sebuah parti gabungan dalam HARAPAN sebelum ini.

Jelasnya, RUU itu yang disokong oleh Umno ketika itu sekadar dijadikan alat politik.

Seorang natizen mendakwa RUU 355 hanya alat

"355? Tu hanya alat politik PAS je nak raih undi.
"Sekarang pun tak sebut dlm piagam. Bila nak berpisah dgn Umno nanti, PAS akan keluarkan balik, kata Umno tolak hudud, tolak Islam. Pas ni parti politik yg tunggang agama," katanya.


Sebagai rekod, Pada 14 September lalu, PAS dan Umno memeterai Piagam Muafakat Nasional yang antara lain menggariskan matlamat kerjasama - atau taawun siyasi - dua parti itu yang sebelum ini lama dinafikan kewujudannya.

Post a Comment

0 Comments