Bukti jiwa besar Anwar Ibrahim


TINDAKAN
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri mewakili gabungan itu membuktikan bahawa dia bukan seorang yang mementingkan kedudukan.

Anwar yang ditemui pemberita semalam berkata, keputusan itu dibuat sebagai usaha bagi meleraikan kemelut kepimpinan negara sejak seminggu lalu.

Ketika diasak wartawan, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengakui, ia merupakan usulnya sendiri bagi mengelak negara terus terjerumus ke dalam kemelut politik.

"Semoga ALLAH merestui usaha kita menyelamatkan negara dan tumpukan perhatian untuk pulihkan ekonomi serta kehidupan rakyat," katanya semalam.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan HARAPAN dan ahli Parlimen yang bersetuju dengan usulnya.

saya terharu dengan sokongan mereka tetapi saya sekali lagi memilih untuk melihat kepentingan negara daripada agenda peribadi.

"Jadi saya harap rakan-rakan jangan gusar dan kecewa," kata Anwar.

Sebagai rekod,  HARAPAN sebelum ini telah mencalonkan Anwar sebagai calon perdana menteri, ia selepas Dr Mahathir enggan hadir ke mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN.

Bagaimanapun, selepas satu perbincangan semula diadakan, Dr Mahathir kembali bersama blok HARAPAN, malam tadi Ahli Parlimen Langkawi itu mengumumkan mempunyai sokongan dari Ahli Parlimen. 

Post a Comment

0 Comments