JENAZAH Sultan Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar jam 7.20 malam tadi dalam upacara penuh istiadat.
Sebelumnya, jenazah Almarhum yang mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan terakhir.
Jenazah kemudiannya disolatkan dengan diimamkan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad.
Kenderaan khas membawa jenazah dinamakan pedati Peterana bergerak meninggalkan pekarangan Istana Balai Besar kira-kira jam 5.15 petang dengan diiringi 72 das tembakan meriam.
Pedati diarak sejauh tiga kilometer dan tiba di Makam Diraja tepat jam 6.40 petang dengan diiringi Tengku Muhammad Fakhry Petra berjalan kaki mengiringi pedati bersama kaum kerabat yang lain.
Turut mengiringi pedati, kenderaan-kenderaan yang membawa Sultan Muhammad V, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis, Tengku Amalin A'ishah Putri dan Tengku Muhammad Faiz.
Talkin dalam bahasa Melayu pada istiadat pemakaman hari ini dibaca oleh putera sulong baginda, Sultan Muhammad V, manakala Muhammad Shukri membacanya dalam bahasa Arab.
Jenazah Sultan Ismail Petra dimakamkan bersebelahan pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Yahya Petra.
Turut hadir, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid serta Tengku Razaleigh Hamzah.

Dekat dihati rakyat
Sementara itu, ribuan rakyat jelata membanjiri kawasan Makam Diraja sejak awal lagi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum.
Sepanjang memerintah, baginda banyak mendekatkan diri dengan rakyat berbilang bangsa dan kaum di negeri ini untuk hidup dalam keadaan bersatu padu.
Sebagai rekod, Sultan Ismail diputerakan pada Jumaat, 11 November 1949 bersamaan 19 Muharam 1369 Hijrah di Istana Jahar, Kota Bharu di sini.
Baginda ialah putera tunggal dan anak bongsu kepada Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II.
Pada 11 November 1967 baginda dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan iaitu ketika berusia 18 tahun.
Selepas 31 tahun iaitu tanggal 30 Mac 1980 baginda dimahkotakan sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu bagi menggantikan ayahanda baginda Almarhum Sultan Yahya Petra Almarhum Sultan Ibrahim.
Baginda mengalami strok sejak 14 Mei 2009 dan berikutan itu baginda diberi rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.