SELEPAS Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), kumpulan bekas pegawai tinggi kerajaan G25 pula tampil mengkritik kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Melalui satu kenyataan ringkas yang dipetik portal FMT kumpulan itu berkata, Perkhidmatan awam negara di negara ini bersikap profesional dan tidak berpolitik serta tidak berpihak ketika melaksanakan dasar.
“Mereka berkhidmat kepada raja serta negara dan bukannya mana-mana parti politik,” katanya menjawab usul Hadi yang menggesa penjawat awam yang tidak selesa dengan kerajaan supaya meletak jawatan.
Kenyataan itu membangkitkan reaksi kurang senang banyak pihak termasuk anak bekas Presiden PAS sendiri yang berpandangan gesaan oleh Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu sebagai keterlaluan.
BACA: Kenyataan Hadi gambaran pemerintahan kuku besi - Faiz Fadzil
BACA: Ceupacs bidas Presiden PAS
Presiden Cuepacs, Adnan Mat dalam kenyataan baru-baru ini pula melihat kenyataan Hadi seolah-olah membayangkan penjawat awam tidak amanah.
Beliau berkata, kerajaan tidak patut meragui penjawat awam yang tetap profesional dalam tugas mereka, tanpa mengambil kira parti politik mana yang berkuasa.
“Sejarah membuktikan penjawat awam tidak mempunyai masalah dalam melaksanakan amanah, walaupun berlaku peralihan kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 dan sekali lagi pada tahun lalu.”
Pengarah komunikasi Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) – sebuah kumpulan pesara tentera dan polis juga bersetuju dengan sentimen itu.
![]() |
Gesaan Hadi undang kritikan |
Beliau berkata, masalahnya dengan ahli politik ialah mereka memberi arahan bercanggah yang melanggar peraturan serta tadbir urus baik – contohnya “banyak”.
“Ahli politik yang tidak mampu melakukan tugasnya dalam kedudukan tertentu perlu meletak jawatan, bukannya penjawat awam,” katanya dipetik.
0 Comments