BEKAS menteri kesihatan, Dzulkefly Ahmad memberi amaran kepada kerajaan supaya mengambil tindakan dan langkah strategik berbeza dengan tidak menggunakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sewenang-wenangnya.
Beliau yang dipetik laporan FMT berkata, kerajaan yang terbentuk dari 'Langkah Sheraton' itu perlu mengakui kegagalan sendiri.
Kegagalan kerajaan menguruskan PKP 2.0 menyebabkan rakyat terpaksa menempuh PKP 3.0 kerana itu saja “cara mudah” untuk membendung penularan Covid-19.
“PKP memang berkesan dan boleh menurunkan angka jangkitan, tetapi kesannya sangat parah untuk ekonomi dan kehidupan rakyat, khususnya golongan yang tidak makan gaji seperti berniaga dan sebagainya.” jelasnya.
Tambah beliau, sekiranya kerajaan terus terharap kepada pelaksanaan PKP semata-mata bagi menangani pendemik itu, rakyat pada hakikatnya akan “terus dizalimi”.
“Dengar pandangan pakar kesihatan, jangan ambil mudah kata fasiliti kesihatan dah terbeban, senang-senang buat PKP.
“Kegagalan kerajaan mengurus PKP 2.0 menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan PKP 3.0,” katanya lagi.
Kerajaan Muhyiddin membuat pengumuman mengejut untuk melaksana PKP 3.0 di seluruh negara hingga 7 Jun depan.
Arahan supaya aktiviti sosial termasuk ziarah Hari Raya tidak dibenarkan, ia telah menyebabkan kerajaan Muhyiddin dikritik teruk di media sosial.
Sebagai rekod, ini adalah tahun kedua umat Islam di negara ini terpaksa berjauhan dari keluarga ketika menyambut hari kebesaran dalam kalender Islam itu.
Rakyat mempersoal bagaimana langkah terbaharu kerajaan dapat mengurangkan kadar jangkitan ketika PKP dilaksana dengan semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan arahan bekerja dari rumah dilaksanakan.
Dipetik laporan serupa, Dzulkefly sekali lagi menggesa kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memperkasakan strategi “finding” (kenal pasti), “tracing” (kesan), “testing” (ujian), “isolation” (kuarantin) dan “support” (sokongan) atau FTTIS seperti dituntut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Beliau yang dipetik laporan FMT berkata, kerajaan yang terbentuk dari 'Langkah Sheraton' itu perlu mengakui kegagalan sendiri.
Kegagalan kerajaan menguruskan PKP 2.0 menyebabkan rakyat terpaksa menempuh PKP 3.0 kerana itu saja “cara mudah” untuk membendung penularan Covid-19.
“PKP memang berkesan dan boleh menurunkan angka jangkitan, tetapi kesannya sangat parah untuk ekonomi dan kehidupan rakyat, khususnya golongan yang tidak makan gaji seperti berniaga dan sebagainya.” jelasnya.
Tambah beliau, sekiranya kerajaan terus terharap kepada pelaksanaan PKP semata-mata bagi menangani pendemik itu, rakyat pada hakikatnya akan “terus dizalimi”.
“Dengar pandangan pakar kesihatan, jangan ambil mudah kata fasiliti kesihatan dah terbeban, senang-senang buat PKP.
“Kegagalan kerajaan mengurus PKP 2.0 menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan PKP 3.0,” katanya lagi.
Kerajaan Muhyiddin membuat pengumuman mengejut untuk melaksana PKP 3.0 di seluruh negara hingga 7 Jun depan.
Arahan supaya aktiviti sosial termasuk ziarah Hari Raya tidak dibenarkan, ia telah menyebabkan kerajaan Muhyiddin dikritik teruk di media sosial.
Sebagai rekod, ini adalah tahun kedua umat Islam di negara ini terpaksa berjauhan dari keluarga ketika menyambut hari kebesaran dalam kalender Islam itu.
![]() |
Jangan senang-senang laksana PKP |

0 Comments