AHLI PARLIMEN Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menafikan dakwaan beliau terlibat dengan rasuah ketika menjadi menteri pendidikan pada tahun 2018 hingga 2020.
Penafian itu susulan laporan portal tempatan yang memetik sumber bahawa Maszlee kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan merasuah.
Menerusi kenyataan ringkasnya, Maszlee menyifatkan dakwaan tersebut sebagai usaha pembunuhan karakter yang berunsur jahat (mala fide) oleh pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan rekayasa dusta berbaur fitnah ini.
“Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha pembunuhan karakter berunsur jahat (mala fide) oleh pihak tertentu terhadap saya menjelang PRN Johor dan komitmen saya terhadap isu-isu pendidikan.
“Saya mengalu-alukan sebarang siasatan kerana tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya dalam kenyataan itu.
Terdahulu Maszlee mendakwa pegawai SPRM menggunakan taktik ugutan terhadap kakitangannya, ekoran penglibatannya dalam demonstrasi menuntut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ditangkap.
SPRM dalam kenyataannya semalam pula menafikan tuduhan bahawa pegawai suruhanjaya itu melakukan intimidasi sebagaimana yang didakwa Maszlee.
Malaysiakini dalam laporannya berkata, siasatan SPRM itu berhubung dakwaan Maszlee menerima rasuah sewaktu menjadi menteri pendidikan dan menerima wang daripada pembekal kementerian pendidikan untuk digunakan sebagai aktiviti politik selain sebuah kereta jenis Toyota Vellfire daripada syarikat yang dikaitkan dengan Kementerian Pendidikan.
Sementara itu Maszlee menegaskan bahawa hidup dan perjuangannya adalah untuk memperjuangkan pendidikan, nasib OKU, nasib masyarakat miskin, kebajikan rakyat Simpang Renggam dan integriti negara.
Penafian itu susulan laporan portal tempatan yang memetik sumber bahawa Maszlee kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan merasuah.
Menerusi kenyataan ringkasnya, Maszlee menyifatkan dakwaan tersebut sebagai usaha pembunuhan karakter yang berunsur jahat (mala fide) oleh pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan rekayasa dusta berbaur fitnah ini.
“Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha pembunuhan karakter berunsur jahat (mala fide) oleh pihak tertentu terhadap saya menjelang PRN Johor dan komitmen saya terhadap isu-isu pendidikan.
“Saya mengalu-alukan sebarang siasatan kerana tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya dalam kenyataan itu.
Terdahulu Maszlee mendakwa pegawai SPRM menggunakan taktik ugutan terhadap kakitangannya, ekoran penglibatannya dalam demonstrasi menuntut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ditangkap.
SPRM dalam kenyataannya semalam pula menafikan tuduhan bahawa pegawai suruhanjaya itu melakukan intimidasi sebagaimana yang didakwa Maszlee.
Maszlee tolak dakwaan terlibat rasuah |