Semarakkan semangat kekitaan, kebersamaan kaum - Anwar


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar semangat kekitaan serta kebersamaan antara kaum terus disemarakkan.

Seruan itu dibuat sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini.

Kata Presiden KEADILAN itu lagi, beliau berharap rakyat Malaysia tidak lagi dibuai dan terperangkap dalam naratif yang memecahbelah kerana yang akan menanggung kesan adalah rakyat, dan bukannya penguasa.

“Selalu saya sebut bahawa perayaan-perayaan besar ini adalah kesempatan bagi kita semua untuk belajar dan saling kenal antara satu dengan yang lain.

“Elemen kerukunan dan toleransi adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan.

Anwar harap naratif memecahbelah terhapus
“Sifat amanah juga penting tatkala kita membicarakan soal rasuah dan kebejatan di negara ini hari ini. Mana mungkin negara ini melonjak sekiranya aspek menjunjung tatakelola yang baik masih dipandang enteng? Perangi rasuah bukan dengan slogan dan retorik, tapi mesti dengan sikap dan perbuatan,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau juga menyatakan harapan agar tahun ini membawa kebaikan serta anjakan baharu kepada ekonomi dan negara.

Post a Comment

0 Comments