KETUA Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Fahmi Zainol menasihatkan rakyat agar tidak lupa pengkhianatan yang dilakukan bersama oleh kerajaan Umno-BN dan PAS.
Menghulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyelar Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang, Fahmi berkata ketika pengkhianatan mereka yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini telah menyebabkan rakyat berada dalam keadaan penuh kesukaran.
Malah kerajaan kerjasama mereka dengan Perikatan Nasional (PN) sedia ada juga sedang memperlihatkan hubungan sedia terjalin umpama retak menanti belah.
“Semasa PRN Melaka baru-baru ini turut membuktikan BN bertanding secara solo meninggalkan blok kerajaan PN iaitu Bersatu dan Pas, malahan Mohamad Hasan turut mendakwa Umno mempunyai 42 kerusi terbesar dalam Parlimen dan PRN Johor diadakan adalah kerana kerajaan Johor kini tidak mendapat mandat rakyat yang sebenar.
“Persoalan yang timbul apakah Mohamad Hasan mengesahkan pengkhianatan yang berlaku terhadap kerajaan HARAPAN sehingga mengakibatkan suasana politik semasa kucar-kacir.
“Apakah beliau juga cuba memberitahu Perdana Menteri kini turut tidak mendapat mandat yang sah kerana bukan dipilih oleh rakyat.
“Sebetulnya ia lupa bahawa lanskap politik kini berbeza berbanding sebelum ini dan tidak dinafikan keinginan supaya PRN dipercepatkan adalah bagi menawan beberapa buah negeri sebelum pilihan raya umum (PRU) diadakan,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Jangan lupa insiden Febuari 2020 |
Oleh kerana itu tegasnya, negara akan lebih aman seandainya rakyat sedar dan mengambil tindakan menghumban ahli-ahli politik sedemikian keluar dari persada kepimpinan negeri mahupun negara menjelang PRN dan PRU yang akan datang.
0 Comments