PARLIMEN digantung mengakibatkan suara Ahli Parlimen gagal menyatakan sikap terhadap serangan Israel.
Salam Aidilfitri
1. Negara negara Eropah yang dianggap Pro-Israel mengizinkan ahli ahli parlimen mereka berucap mengecam Israel apabila melakukan serangan ganas ke atas Masjid Al Aqsa dan rakyat Palestin.
2. Negara negara ini mengalami jumlah jangkitan Covid 19 lebih teruk berbanding Malaysia, tetapi parlimen mereka dibenarkan bersidang. Ahli ahli parlimen terutama daripada Parti Buruh di Britain membuat kecaman terhadap Zionis Israel dengan begitu keras. Begitu juga di negara negara Eropah yang lain.
3. Di Malaysia, negara yang dikatakan juara OIC, mengharamkan sidang parlimen diatas nama darurat. Ahli ahli parlimen tidak boleh menyatakan pendirian dan kecaman terhadap tindakan Zionis Israel atau negara negara Arab yang mengiktiraf Israel.
4. Parlimen digantung menggunakan alasan darurat yang ianya hanya disebabkan kerajaan pimpinan Muhyidin Yasin hilang majoriti untuk terus memerintah negara. Sepatutnya titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan kabinet untuk membolehkan sidang parlimen berjalan.
5. Isu-isu penting yang berlaku di dalam negara dan luar negara, boleh diutarakan oleh ahli ahli parlimen.
6. Muhyidin Yasin! Kamu gagal dalam mentadbir Malaysia. Ayuh kamu dan kabinet kamu, sila berhenti dan serahkan semula negara ini kepada rakyat.
MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara
13 Mei 2021
Salam Aidilfitri
1. Negara negara Eropah yang dianggap Pro-Israel mengizinkan ahli ahli parlimen mereka berucap mengecam Israel apabila melakukan serangan ganas ke atas Masjid Al Aqsa dan rakyat Palestin.
2. Negara negara ini mengalami jumlah jangkitan Covid 19 lebih teruk berbanding Malaysia, tetapi parlimen mereka dibenarkan bersidang. Ahli ahli parlimen terutama daripada Parti Buruh di Britain membuat kecaman terhadap Zionis Israel dengan begitu keras. Begitu juga di negara negara Eropah yang lain.
3. Di Malaysia, negara yang dikatakan juara OIC, mengharamkan sidang parlimen diatas nama darurat. Ahli ahli parlimen tidak boleh menyatakan pendirian dan kecaman terhadap tindakan Zionis Israel atau negara negara Arab yang mengiktiraf Israel.
4. Parlimen digantung menggunakan alasan darurat yang ianya hanya disebabkan kerajaan pimpinan Muhyidin Yasin hilang majoriti untuk terus memerintah negara. Sepatutnya titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan kabinet untuk membolehkan sidang parlimen berjalan.
5. Isu-isu penting yang berlaku di dalam negara dan luar negara, boleh diutarakan oleh ahli ahli parlimen.
![]() |
Isu penting boleh diutarakan di Parlimen |
MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara
13 Mei 2021
0 Comments