PEMANAH senior negara, Haziq Kamaruddin dilapor meninggal dunia secara mengejut pagi tadi.
Seorang ahli keluarga Haziqyang enggan dikenali memberitahu, pemanah recurve berusia 27 tahun itu rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pagi tadi.
“Arwah tiba-tiba rebah sejurus keluar dari bilik air selepas solat subuh dan terus tidak sedarkan diri,” kata individu itu dipetik Bernama.
Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang namun disahkan meninggal dunia sejurus ketibaan di hospital itu.
Anak kelahiran Johor itu pernah mewakili negara ke temasya Olimpik sebanyak dua kali, iaitu pada edisi London 2012 serta Rio 2016 di Brazil.
Allahyarham sedang mengejar slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Berita kematian haziq turut dikongsikan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi laman Facebooknya.
![]() |
Haziq rebah sejurus keluar bilik air |
Allahyarham meraih pingat emas Grand Prix Asia 2011 di Laos dan gangsa semasa Piala Asia 2019 di Filipina.