PEMIMPIN pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik sistem pengesanan awal wabak Covid-19 yang baru dibangunkan, Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) yang dilihat huru-hara.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu melalui satu siaran langsung di Facebooknya berkata, walaupun sistem itu adalah inisiatif yang menarik, namun dilihat kurang telus sehingga menjadikan ia tidak produktif.
Tegasnya, model sistem pengumpulan data HIDE perlu dinilai secara bebas oleh panel pakar sebelum dilancarkan kerana ia penting supaya masyarakat dimaklumkan mengenai kaedah yang digunakan dalam menentukan tempat berpotensi menjadi ‘hotspot’.
“Jika ia terus diperkenalkan tanpa sebarang ketelusan, maka kesahihannya akan dipertikaikan oleh masyarakat. Inilah yang berlaku,” katanya.
Terdahulu, perintah saat akhir oleh pentadbiran Muhyiddin supaya premis yang disenaraikan di bawah Hide ditutup dengan serta merta selama tiga hari membangkitkan rasa tidak senang masyarakat.
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan Kelemahan, kekeliruan dan kegagalan pelaksanaan sistem itu adalah petanda segalanya yang salah tentang kerajaan.
BACA: PN lemah, keliru dan gagal laksana sistem Hide, kat Guan Eng.

Mengulas perintah itu Anwar berkata, arahan mengejut bagi penutupan premis selama tiga hari yang ditandakan sebagai ‘hotspot’ berpotensi memberi kesan lebih jauh kepada perniagaan serta mata pencarian, dan bukannya membantu mengekang penularan Covid-19.
Sementara itu dalam siaran serupa Anwar mempersolkan kenyataan tidak konsisten beberapa kementerian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PK) yang dilaksanakan.
“Tiadakah pertemuan antara kementerian yang berbeza?” soalnya lagi.
Beliau turut membangkitkan isu vaksin dimana menurutnya Putrajaya pada awalnya menyasarkan untuk memvaksin sehingga 75,000 orang setiap hari di bawah program imunisasi Covid-19 kebangsaan yang akhirnya menurut Anwar telah jauh tersasar.

0 Comments