KERAJAAN Muhyiddin Yassin digesa memberi perhatian serius terhadap wanita hamil dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin memandangkan kumpulan itu lebih berisiko tinggi terhadap virus berkenaan.
Bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar itu dalam kenyataan berkata mengikut senarai PICK, hanya wanita hamil yang bekerja dalam sektor kesihatan dianggap berisiko tinggi, manakala kebanyakan wanita mengandung diletakkan dalam Fasa 3 program itu.
“Dan saya diletakkan dalam Fasa 1 bersama dengan Ahli Parlimen yang lain, namun bagaimana dengan wanita hamil di sektor lain, awam dan swasta yang turut terdedah dengan risiko yang sama?,” soalnya.
Tambah beliau, Putrajaya seharusnya mengumpulkan data klinikal bagi wanita hamil daripada pelbagai jenis vaksin di bawah rancangan perolehan negara.
Ini bagi memastikan vaksin yang diberikan kepada populasi wanita hamil adalah selamat.
“Keputusan mesti dibuat berdasarkan data yang berkesan terhadap wanita hamil. Bukan hanya itu, kerajaan seharusnya memutuskan kumpulan mana wanita hamil harus diberi vaksin.
“Setakat ini, kebanyakan mereka dijadualkan menerima suntikan vaksin mengikut kumpulan usia tanpa mempertimbangkan tempoh dan tahap kehamilan,” katanya seperti dipetik laporan FMT.
![]() |
Beri perhatian serius kepada ibu mengandung |
“Inisiatif oleh kerajaan seperti ini akan dihargai oleh populasi wanita hamil kerana ia akan memberi ketenangan jiwa kepada mereka, yang kebanyakannya sudah mengalami gejala kehamilan yang sukar, perubahan ‘mood’ dan kerisauan dijangkiti Covid-19 ekoran risiko terhadap komplikasinya,” katanya lagi.
0 Comments