KENYATAAN Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menggesa penjawat awam untuk meletakkan jawatan jika tidak selesa dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai berlebihan dan melampau.
Anak bekas Presiden Parti itu, Faiz Fadzil menegaskan kenyataan dibuat Abdul Hadi melanggar undang-undang Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada rakyat untuk menyokong mana-mana parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.
“Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi hari ini bahawa penjawat awam yang tidak selesa dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh meletak jawatan adalah satu tindakan yang ultra vires (berlebihan).
“Perlembagaan dan undang-undang. Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan kepada setiap rakyat untuk menyokong mana-mana parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang.
“Manakala undang-undang yang mengawal selia penjawat awam iaitu Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) tidak meletakkan penentangan terhadap parti kerajaan sebagai satu alasan tindakan tatertib.
“Oleh itu, penjawat awam bebas untuk tidak berasa selesa atau tidak menyokong parti pemerintah walaupun tugas hakiki mereka adalah melaksanakan dasar kerajaan semasa,” kata Peguam yang juga ADUN Permatang Pasir itu menerusi satu kenyataan media semalam.
Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebook pada Isnin menuntut supaya penjawat awam mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti-parti yang memerintah walaupun mereka tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan itu.
Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu berkata, sekiranya penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moral mereka boleh meletakkan jawatan.
Mengulas lanjut, Faiz berpandangan kenyataan Hadi seakan satu pemerintahan kuku besi yang memaksa rakyat, sedangkan penjawat awam jelasnya mempunyai hak untuk menyatakan pandangan peribadi berhubung dasar kerajaan kerana ia turut memberi kesan dalam kehidupan mereka.
“Janganlah menganggap sesuatu kritikan itu sebagai penentangan politik
“Inilah badi kerajaan tebuk atap yang mengkhianati mandat rakyat, bertindak zalim dan membelakangkan demokrasi,”katanya.
“Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi hari ini bahawa penjawat awam yang tidak selesa dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh meletak jawatan adalah satu tindakan yang ultra vires (berlebihan).
“Perlembagaan dan undang-undang. Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan kepada setiap rakyat untuk menyokong mana-mana parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang.
“Manakala undang-undang yang mengawal selia penjawat awam iaitu Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) tidak meletakkan penentangan terhadap parti kerajaan sebagai satu alasan tindakan tatertib.
“Oleh itu, penjawat awam bebas untuk tidak berasa selesa atau tidak menyokong parti pemerintah walaupun tugas hakiki mereka adalah melaksanakan dasar kerajaan semasa,” kata Peguam yang juga ADUN Permatang Pasir itu menerusi satu kenyataan media semalam.
Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebook pada Isnin menuntut supaya penjawat awam mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti-parti yang memerintah walaupun mereka tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan itu.
Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu berkata, sekiranya penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moral mereka boleh meletakkan jawatan.
![]() |
Kenyataan Hadi langgar Perkara 10 Perlembagaan |

0 Comments