BEKAS pelari 400m Olimpik negara, Asirvatham Victor dilapor meninggal dunia semalam.
Atlet olahraga kelahiran Ipoh berusia 81 tahun itu dibawa ke Hospital Pakar KPJ Ipoh selepas mengalami kesukaran bernafas sebelum disahkan meninggal dunia.
Presiden Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) S M Muthu dipetik laporan Bernama memberitahu, mendiang mempunyai sejarah penyakit jantung,
“Mendiang ada sejarah masalah jantung dan pagi tadi mengalami kesukaran bernafas sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya dipetik sambil memaklumkan mendiang ada menjalani pembedahan pintasan jantung dan mengalami beberapa komplikasi sebelum ini.
Sementara itu adik iparnya, Anthony Thomas, 57, berkata mayat mendiang dibawa ke rumah adik perempuannya di Jalan Wayang, Buntong di Ipoh untuk penghormatan terakhir.
Mendiang dijangka akan disemadikan di Tambun Catholic Cemetery hari ini.
![]() |
Memenangi 14 pingat emas di Sukan SEA |
Antara pencapaian lainnya ialah memenangi 14 pingat emas dalam Sukan SEA bagi bagi acara 400m dan 4x400m serta mewakili negara pada Sukan Komanwel 1962 dan 1966, selain turut berjaya membawa pulang empat pingat perak daripada temasya Sukan Asia 1962, 1966, 1970 dan 1974.
0 Comments