UMAT ISLAM di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis 13 Mei.
Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Khamis, 13 Mei 2021," katanya menerusi siaran televisyen tempatan.
Sebagai rekod, ini adalah tahun kedua rakyat Malaysia menyambut raya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berikutan pelaksanaan perintah itu di seluruh negara bermula 12 Mei ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa , ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.
Manakala solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi kapasiti jemaah dibawah 1,000 orang.
![]() |
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin |
Warganet mempersoalkan mengapa kerajaan tidak melaksana PKP sejak awal.
0 Comments