Mangsa serah bukti baru, dakwa ada 'tekanan' agar kes rogol disenyapkan


WANITA yang mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol dua rakan seorang ADUN telah menyerahkan bukti mendakwa dia diganggu untuk menarik semula laporan pertama dibuatnya.

Peguam mewakili mangsa, Asheeq Ali dipetik laporan Malaysiakini memberitahu, wanita berusia 34 tahun dipanggil ke Balai Polis Brickfields untuk merakamkan keterangan hari ini.

"Siasatan hari ini berkaitan dengan aduannya di mana beberapa individu mengganggu dan menekannya untuk menarik balik laporannya pada 5 Disember.

"Kami menyerahkan semua bukti individu yang menemuinya, menelefonnya dan mengirimkan SMS ugutan kepadanya," kata Asheeq.

Melalui laporan polis pertama pada Disember lalu, mangsa mendakwa Hilman Idham, ADUN Gombak Setia mewakili Perikatan Nasional (PN) menjemputnya ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi untuk meraikan ulang tahun kelahirannya.

Sambutan itu diadakan bersama seorang lagi lelaki Hilman dan dua rakan wanita lain.
 
Mereka kemudian ke bilik karaoke selepas makan malam sebelum disertai seorang ketua bahagian parti PN.

Mangsa mendakwa mereka kemudiannya mabuk. dan kejadian seterusnya berlaku di sebuah hotel di bilik Hotel mewah di Sri Hartamas.

Mangsa itu juga menyatakan dirinya adalah wanita yang dilihat dalam rakaman CCTV tular baru-baru ini yang memaparkan seorang wanita dipapah masuk ke bilik hotel oleh seorang lelaki yang dakwanya sebagai Hilman.

Ketua Polis Kuala Lumpur,  Azmi Abu Kassim yang dipetik laporan media sebelum ini berkata wanita itu  menarik balik laporannya pada 8 Disember.

Hilman didakwa jadi dalang dalam insiden itu
Namun setelah mengetahui peranan Hilman yang dikatakan "mengatur" insiden rogol itu,  mangsa menulis kepada polis pada 12 Januari untuk meminta mereka membuka semula siasatan.


Mangsa sebelum ini memberitahu bahawa di dia dimaklumkan oleh salah seorang rakan perempuan yang turut hadir pada malam kejadian, bahawa makan malam dan sesi karaoke itu dikatakan merupakan satu “set-up” (perancangan) oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali itu.

Post a Comment

0 Comments