Oleh:ANWAR IBRAHIM | Regim pendudukan Zionis Israel sekali lagi menonjolkan politik samseng dan kezaliman yang berterusan di Masjid Al Aqsa dan di Sheikh Jarrah ke atas warga Palestin.
Perkembangan terkini dari wilayah itu cukup mengesankan jiwa-jiwa yang teguh menegakkan keadilan dan hak asasi manusia. Apa yang kita saksikan di Sheikh Jarrah tidak hanya soal diskriminasi dan dasar apartheid pemerintah di Tel Aviv yang konsisten, tetapi juga adalah penghakisan hak-hak asasi warga Palestin dengan pembantaian etnik sebagai matlamat.
Senario terbaru ini juga terus mempamerkan sikap majoriti negara Islam yang lesu dan bisu dalam menyatakan yang hak dan batil.
![]() |
Anwar kutuk keras serangan terbaru rejim Israel |
Saya menggesa warga yang cintakan keadilan dan kesaksamaan untuk kembali menyikapi konflik ini dengan adil dan bertanggungjawab. Isu ini tidak hanya isu orang Islam, malah krisis kemanusiaan yang menjangkau persoalan ras ataupun agama.
Selain mengutuk keras sikap biadab Zionis Israel yang melanggar batas-batas kemanusiaan, kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mesti mengggunakan apa sahaja kuasa dan ruang yang ada dalam menyatakan bantahan.
Kenyataan Media
ANWAR IBRAHIM
11 Mei 2021
0 Comments