Oleh: NASIR ZAKARIA | Saya ambil kesempatan membeli dan membelah saat akhir ambang Aidilfitri tahun ini di Pekan Nat Kuala Nerang pagi tadi.
Terkejut dengan harga runtuh dan gila oleh peniaga ikan, udang dan buah. Dua kilo udang sederhana besar dilelong dengan harga RM30!
Ikan yang biasanya dijual dengan saiz yang saya beli biasanya berharga RM35 dijual dengan harga hanya RM10!
Buah yang biasanya dijual RM12 ke RM15 sepinggan hanya dijual RM5 sepinggan. Kata sahabat saya, dijual dengan harga kerugian!
Peniaga kasut pula sebut kedainya wajib ditutup jam 1.30. Dan arahan itu untuk semua peniaga.
Peniaga kuih merayu saya beli kek dan kuih. Saya kata, kuih saya tak beli, tak tahu untuk beli dan tidak tahu siapa nak makan kalau beli pun.
Ziarah orang mati pun tak boleh. Siapa nak makan kalau beli. Dia kata, “Taktau la ustaz, apa nak jadi.. Pening kami.”
Boleh dikatakan semua peniaga membeli stok untuk berniaga sehingga esok, kerana pengumuman awal kerajaan boleh berniaga sehingga esok, kata mereka.
Peniaga ikan, udang, buah menyebut tentang perniagaan terpaksa ditutup. Kata mereka sebulan. Paling kurang mereka nak meniaga sampai esok. Stok itu akan membusuk dan tidak boleh dijual.
Lelong dan tanggung kerugian adalah pilihan yang ada. Kasihan mereka. Mereka saudara kita. Yang mampu depa buat, maki kerajaan.
![]() |
Pengumuman sesuka hati susahkan rakyat |
Kerajaan gagal dengan saiz Kabinet paling besar dalam sejarah dan menteri makan gaji buta sepanjang darurat ini sudah tiada kredibiliti.
Ketika Masjid al Aqsa di Palestin diserbu oleh tentera Yahudi adalah petaka kepada umat, Aidilfitri di Malaysia tahun ini adalah satu petaka kepada rakyat !!
NASIR ZAKARIA merupakan Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Negeri Kedah
Tulisan ini dipetik dari siaran portal Malaysia Dateline dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartelmedia
0 Comments