ORANG ramai diajak supaya melakukan ‘protes’ di media sosial pada Khamis ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disifatkan menyusahkan rakyat.
Protes di media sosial itu dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) bagi menyatakan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengawal wabak Covid-19.
“SSR ingin mengajak rakyat Malaysia untuk tulis #BerayaDiJalanRaya atau satu daripada #EnamTuntutan kami pada sehelai kertas atau plakad dan ajak ahli keluarga atau rakan-rakan yang berdekatan untuk sesi bergambar di luar rumah anda dan pastikan anda mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta amalkan penjarakan sosial 1 meter.
“Muatnaik gambar tersebut di media sosial anda menggunakan tanda pagar #BerayaDiJalanraya dan #EnamTuntutan.
"Kongsikan gambar anda bersama kawan-kawan serta ahli keluarga yang lain,” kata gabungan itu menerusi satu kenyataan media seperti dilapor Malaysiakini.
Untuk rekod, SSR yang merupakan penganjur perhimpunan Undi18 dan “Buka Puasa Buka Parlimen”.
Sementara itu, mereka turut menegaskan bahawa pelaksanaan PKP 3.0 antara bukti kerajaan PN telah gagal untuk mengawal Covid-19 meskipun telah mengambil langkah untuk mengisytiharkan darurat.
“Kami ingin menegaskan bahawa darurat yang selama ini diuar-uarkan bagi mengawal situasi Covid-19 gagal membuahkan sebarang hasil kerana jumlah kes jangkitan Covid- 19 tidak menurun sejak Januari 2021 lalu bahkan angkanya semakin meruncing dan meningkat," jelas SSR.
Mereka turut membias kerajaan yang menurut mereka telah membuat pengumuman tanpa berpandukan sains dan data sehingga ia akhirnya mengakibatan kekeliruan berterusan kepada rakyat Malaysia.
![]() |
SSR dakwa PN gagal kawal Covid-19 |
"Malah, ramai juga yang telah gulung tikar kerana tidak mendapat bantuan yang sewajarnya oleh kerajaan.
“Golongan yang paling terkesan akibat daripada kecuaian dan kelalaian ini adalah rakyat biasa,” kata mereka dipetik.
0 Comments