Ceupacs bidas Presiden PAS

KONGRES  Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang susulan kenyataanya baru-baru ini.
 
Presidennya, Adnan Mat berkata kenyataan duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu yang menuntut supaya penjawat awam melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak selesa dengan kerajaan yang bukan daripada parti yang disokong mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa penjawat awam di negara ini tidak amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Gesaan agar penjawat awam yang tidak selesa dengan kerajaan semasa pada hari ini untuk melepaskan jawatan mereka seolah-olah memberi gambaran bahawa penjawat awam tidak amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara.

“Cuepacs merasakan apa-apa perkara yang cuba mengaitkan profesionalisme penjawat awam ketika semua pihak sedang fokus mendepani cabaran pandemik Covid-19 adalah tidak wajar dan sesuai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Adnan mengingatkan Ahli Parlimen Marang itu, walaupun kerajaan dan kepimpinan tertinggi bertukar ganti, penjawat awam tetap setia dalam melaksanakan setiap dasar dan polisi yang diputuskan demi kebaikan rakyat dan negara dengan penuh profesionalisme.

"Walaupun setiap penjawat awam mempunyai ideologi dan pandangan politik masing-masing, Cuepacs percaya dan memberi jaminan bahawa penjawat awam sangat profesional dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab serta boleh membezakan kepentingan awam yang dipikul mereka," tambahnya lagi.

Abdul Hadi baru-baru ini dikritik setelah mencadangkan penjawat awam secara moral meletak jawatan sekiranya tidak selesa dengan kerajaan yang memerintah sekarang.

 Hadi seolah-olah rendahkan penjawat awam
Anak kepada bekas Presiden PAS, Faiz Fadzil menegaskan kenyataan Abdul Hadi melanggar undang-undang Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada rakyat untuk menyokong mana-mana parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

BACA: Kenyataan Hadi gambaran pemerintahan kuku besi - Faiz Fadzil

Beliau berpandangan kenyataan Hadi seakan satu pemerintahan kuku besi yang memaksa rakyat.

Post a Comment

0 Comments