Hujan di utara India ragut puluhan nyawa


HAMPIR
50 orang terkorban dalam tempoh 24 jam akibat hujan lebat yang melanda negeri utara India, Uttar Pradesh.

Agensi berita antarabangsa, Reuters dalam laporannya berkata, sejak beberapa hari lalu, negeri terbesar di India itu menerima taburan hujan berterusan.

Situasi tersebut telah menyebabkan paras air di kebanyakkan sungai melepasi tahap amaran.

Menurut Pesuruhjaya Bantuan Kecemasan Negeri G.S. Priyadarshi, trend hujan lebat itu telah menjejaskan kira-kira 580,000 penduduk yang kebanyakannya tinggal di bahagian timur negeri itu.

SUsulan hujan lebat berterusan itu juga tambahnya telah menyebabkan berlaku insiden lain, angka kematian mencapai 48 orang dalam tempoh 24 jam.


Kebiasaanya, musim monsun di India mula beransur kurang pada awal September namun pada  trend hujan itu pada tahun ini terus berlarutan sehingga hampir sebulan.

Di kebanyakan tempat di India, kedatangan musim hujan bakal membawa bencana banjir.

Pada Khamis, sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala enam lagi hilang selepas bandar Pune, di barat negara itu, dan sekitarnya dilanda banjir.

Post a Comment

0 Comments