Perjuangan PAS tersasar - Syed Hussin Ali


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) yang kini dipimpin Abdul Hadi Awang disifatkan telah dibawa ke hala tuju perjuangan yang lain.

Seorang ahli politik veteran, Syed Husin Syed Ali dipetik ketika berkata di Universiti Malaya (UM) baru ini ini berkata, PAS telah tersasar dari apa yang diperjuangkan bekas Dr Burhanuddin al-Helmy.

Tambah Syed Husin, parti itu yang menjaling kerjasama erat dengan Umno baru-baru ini telah hilang sifat progresif dan nasionalisme yang mengiktiraf kedudukan sosial golongan masyarakat lain, agama lain dan kaum lain.

“Sekarang berbeza sama sekali, PAS sekarang sifat nasionalisnya kurang, sifat agamanya terlalu sempit,”  kata bekas presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu.

Syed Husin sebelumnya hadir pada majlis memperingati 50 tahun Burhanuddin (1911-1969), anak kelahiran Perak yang digambarkan oleh penyelidik sebagai seorang nasionalis radikal dan pemikir Islam.

Sebagai rekod, Dr Burhanuddin atau Datuk Seri Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi merupakan Presiden PAS ke-3.

Sebelum kemerdekaan, Dr Burhanuddin  merupakan seorang guru bahasa Arab di Singapura, beliau juga seorang pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum ia terbubar pada 1948.

PAS bawah kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja dan anti-kolonialisme.

Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah kepada Indonesia.

Kepimpinannya nasionalisnya kemudian dipangku oleh Naib Presiden PAS, Mohd Asri Haji Muda. Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.


Assobiyah makin kuat

Sementara itu, ketika mengulas corak perjuangan PAS kini, Syed Husin berkata, muafakat nasional yang dijalinkan PAS dan Umno baru-baru ini hanya menguatkan sifat kaum dan agama kedua-dua parti.

Jelasnya ia sama sekali bukan bertujuan memperkuat kemajmukan rakyat dinegara ini seperti diusahakan pemimpin PAS dan Umno sebelum ini.

Kerjasama Pas-Umno sekadar kuatkan sifat perkauman
“Dia kuatkan lagi sifat kemelayuan dan agamanya,” katanya, dan menarik perhatian kepada kumpulan penyokong bukan Islam dalam PAS.

“Ada tetapi tidak ada suara (penyokong bukan Islam) dalam parti,” tambahnya lagi.

Post a Comment

0 Comments