KERAJAAN Negeri Pulau Pinang mahu pihak berkuasa campur tangan bagi memastikan kelulusan permit meneroka industri mineral baharu, Rare Earth Element (REE) di Ulu Muda, Sik dan Baling dibatalkan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya memandang serius kelulusan permit yang telah diberikan Kerajaan Kedah untuk penerokaan mineral itu dalam skala besar.
Justeru Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu memastikan usaha melombong mineral itu dihalang bagi memastikan keselamatan bekalan air di negeri wilayah utara itu terjamin.
"Secara umum kami tidak bersetuju dan memohon pertimbangan serta campur tangan yang sewajarnya daripada kerajaan Persekutuan mengenai perkara ini," kata Kon yeow dalam satu kenyataan.
Melalui kenyataan serupa, Kon Yeow turut berkata, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dengan mudah telah melupakan peranan dimainkan Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air terbesar dan terpenting di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
"Kira-kira 70 peratus air mentah Perlis dan 96 peratus air mentah Kedah datangnya dari Ulu Muda, manakala lebih daripada 80 peratus air mentah yang diabstrak oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dari Sungai Muda, dekat muka sauk Lahar Tiang di Pulau Pinang juga berasal dari Ulu Muda.
"Operasi penerokaan seluas 163,000 hektar ini sudah pasti akan melibatkan pembukaan tanah secara berskala besar seperti aktiviti penebangan pokok, perataan bukit, kerja mendirikan kuari besar dan menggali yang akan menyebabkan kemusnahan besar di persekitaran hutan hujan," katanya.
BACA: Perlombongan REE boleh bahayakan bekalan air

BACA: PEKA kecewa K'jaan PN Kedah nak teroka bumi
Sebagai rekod, rancangan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah meneroka mineral baharu itu dikritik banyak pihak sebelum ini.
Rancangan Kedah dikritik banyak pihak |
Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Jaseni Maidinsa sebelum ini turut menyuarakan rasa bimbang bahawa rancangan itu bakal menjejaskan sumber bekalan air bagi 4.2 juta penduduk di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
BACA: Projek REE Kedah bakal bawa kemusnahan - PBAPP
BACA: SAM tuntut Menteri Besar Kedah telus pada rakyat

Amaran serupa turut diberikan pengarah Pusat Alam Sekitar Global (GEC) Faizal Parish dan beberapa pertubuhan alam sekitar lain.
0 Comments