Projek REE Kedah bakal bawa kemusnahan - PBAPP


PUTRAJAYA digesa campur tangan bagi menghentikan rancangan perlombongan elemen nadir bumi (REE) oleh kerajaan Kedah pimpinan Perikatan Nasinal (PN).

Gesaan itu dibuat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) yang bimbang tentang masa depan kawasan tadahan air untuk sekitar 4.2 juta penduduk di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di  hutan simpan Ulu Muda

Ketua pegawai eksekutifnya, Jaseni Maidinsa berkata, hampir 70% daripada air mentah di Perlis dan 96% di Kedah berasal dari Ulu Muda, manakala Pulau Pinang memperoleh 80% air mentah dari Sungai Muda yang bersambung secara langsung dengan kawasan tadahan tersebut.

“Penerokaan REE di Ulu Muda pasti akan meletakkan perkhidmatan bekalan air kepada tiga negeri itu dalam bahaya.

“Menteri besar Kedah dengan mudah melupakan bahawa Ulu Muda adalah kawasan tadahan air terbesar dan terpenting di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

“Kementerian di peringkat persekutuan mesti bekerjasama untuk menghentikan usaha berbahaya ini dengan segera ,” katanya dalam kenyataan.

Minggu lalu, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kerajaan negeri meluluskan permit kepada sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Lumpur bagi meneroka mineral di negeri ini

Antara kawasawan yang disebut pemimpin PAS itu ialah di Sik, Ulu Muda di Baling, Kedah.

Susulan desakan banyak pihak, Muhammad Sanusi kemudian membuat jaminan tidak ada sebatang pokok balak yang akan ditebang bagi tujuan itu. Bagaimanapun ia kemudian dikritik Jaseni.

"Kerajaan Kedah memberi jaminan bahawa ia hanya penerokaan, bukan perlombongan, kemusnahan kawasan Ulu Muda tidak dapat dielakkan," tegasnya.

Beliau berkata pokok akan ditebang dan bukit diratakan untuk melombong REE, manakala serpihan dan sisa beracun akan membawa impak besar ke atas alam sekitar dan kesihatan.

 Jaminan MB Kedah separuh masak


“(Ia juga akan) mencemarkan dan menkontaminasi sistem air di Lembangan Sungai Muda.


“Kuari besar akan didirikan dan banyak tanah digali. Ia akan menyebabkan kemusnahan besar ke atas persekitaran hutan hujan,” katanya.
 

Post a Comment

0 Comments