Karmaine calon wakili semua kaum


KARMAINE SARDINI
tekad untuk memberi khidmat buat semua rakyat di kawasan parlimen Tanjung Piai sekiranya terpilih mewakili mereka.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, tekad itu bukan sahaja bersesuaian dengan agenda HARAPAN, malah seseorang wakil rakyat yang bagus tidak boleh menafikan hakikat bahawa mereka tidak boleh mewakili sesuatu kaum tertentu sahaja.

“Saya calon untuk semua kaum. Sebagai wakil rakyat, kita kena kerja untuk semua kaum.

“Kalau untuk kaum tertentu saja itu bukan namanya wakil rakyat, itu wakil kelompok parti atau kaum tertentu,” katanya dipetik Malaysiadateline.

Karmaine sebelumnya ditemui pemberita di program walkabout bertemu penduduk di sekitar Pekan Nanas.

Turut serta dalam kempen itu, Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong.

Mengulas lanjut, bekas Pembantu Teknik dan Arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpir (DBKL) itu berkata tidak ada konsep wakil rakyat untuk kaum tertentu diamalkan dalam pentadbiran di negara ini.

“Di Malaysia tak ada konsep macam itu sebenarnya. Konsep kita adalah untuk semua.

“Di Tanjung Piai kita dah ada satu Dun yang diwakili orang Cina. Jadi untuk Parlimen sudah tentu kita kena letakkan calon Melayu kerana kita parti kerajaan yang perintah ketika ini,” tambahnya lagi.

Post a Comment

0 Comments