HAJAT seorang wanita warga emas bertemu Joko Widodo untuk menagih janji Presiden Indonesia itu tidak kesampaiaan.
Individu itu yang dikenali sebagai Tamini,54, dilapor meninggal dunia ketika aksi berjalan kaki Suku Anak Dalam (SAD) menuju ke Istana Presiden di Jakarta.
CNN Indonesia dalam laporannya yang memetik kenyataan penganjur berkata, wanita itu sebelumnya mengadu merasa kurang sihat ketika dalam menyertai protes berhubung isu dihadapi golongan petani di Jambi, Sumatera itu.
"13 hari setelah jalan kaki, Tamini meminta izin kerana sakit sehingga kemudian menerima rawatan di berobat di Rumah Sakit Kecamatan Bahar, Muaro Jambi," kata Amiruddin Todak.
Tamini kemudian dibawa ke Jambi untuk rawatan lanjut, namun adisahkan meninggal dunia pada 14 September lalu.
Terdahulu, puluhan SAD yang terdiri daripada petani menyertai protes berkenaan yang bermula hujung Ogos lalu, ia diadakan bagi menagih janji Jokowi dalam mempercepatkan penyelesaian isu yang dihadapi golongan petani di negara itu.
SAD atau Orang Rimba merujuk pada salah satu suku bangsa minoriti yang hidup di daerah Jambi dan Sumatera Selatan.
Difahamkan, protes itu berpunca susulan pengenalan sejumlah undang-undang baru termasuk berhubung tanah yang diperkenalkan kabinet Jokowi
Berdasarkan laporan itu, peserta aksi jalan kaki tersebut telah melepasi Mekar Jaya, Musi Banyuasin, Sumatera Selatan dan meneruskan perarakan ke Istana Presiden.
0 Comments