SEORANG lelaki maut selepas kereta dipercayai membawa mercun dipandunya terputus dua, dipercayai akibat dipanah petir dan meletup di Simpang 4, Kampung Sireh, Kota Bharu, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Mohd Ridzuan Ali dipetik laporan media berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.39 petang dan 12 anggota dari dua unit Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim dan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tunjong diarahkan ke tempat kejadian.
“Operasi menyelamat dilakukan dengan kekuatan 12 anggota anggota bomba dari unit BBP Kota Darulnaim dan BBP Tunjung,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media.
Pihak bomba berkata,serpihan mercun turut ditemui di tempat kejadian.
Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial antaranya memaparkan kereta terbakar susulan satu letupan kuat.
Lima kenderaan lain turut mengalami kerosakan selain tingkap sebuah masjid dan sekolah, serta kawasan sekitar hampir 100m dari lokasi kejadian itu turut mengalami kerosakan akibat letupan itu.
Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat sementara itu berkata, siasatan awal pihak bomba mempercayai kereta yang meletup itu membawa mercun.
“Setakat ini, seorang mangsa berusia 50-an yang juga pemandu kereta yang meletup itu disahkan meninggal dunia. Impak daripada letupan itu juga menyebabkan kereta jenis Proton Iswara itu terputus dua.
“Letupan kuat itu juga menyebabkan mayat mangsa tercampak kira-kira 20m dari kenderaannya dan terputus beberapa anggota badan, termasuk kedua-dua belah kaki,” katanya dipetik Bernama di lokasi kejadian.
Shafien turut memaklumkan empat lagi mangsa yang turut terlibat dalam kenderaan berbeza dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut.
![]() |
Kereta mangsa putus dua dan meletup |
Sehubungan itu beliau turut menyeru kepada orang ramai yang melihat kejadian berkenaan tampil menyalurkan maklumat dan membantu siasatan polis.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Letupan 1957," tambahnya lagi.
0 Comments