Yayasan Sarawak taja kos pendidikan mendiang Joanna

KERAJAAN SARAWAK akan memastikan pendidikan dua anak mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna terjamin.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak akan menanggung kos pendidikan Allesia Felice Haslie, 4 dan Hovannes Haslie, berusia setahun sehingga mereka melanjutkan pelajaran di peringkat Universiti.

"Anak sulung mendiang ketika ini masih lagi di peringkat Taska manakala yang kedua baru berusia setahun, nama mereka akan didaftarkan di Yayasan Sarawak.

"Apabila nama sudah didaftarkan, kita akan terus membantu pendidikan mereka sehingga ke peringkat tertinggi," katanya ketika mengunjungi waris mendiang Joanna di Kampung Engkaroh di Serian pada Ahad.

Dalam kunjungan itu, Abang Johari turut menghulurkan sumbangan kerajaan Sarawak sebanyak RM10,000 kepada keluarga mendiang.

Sementara itu beliau turut berkata, Yayasan Sarawak juga akan memantau secara berterusan perkembangan pendidikan dua beradik itu menerusi bapa mereka bagi memastikan mereka mendapat pendidikan sewajarnya.

Beliau sementara itu turut mendoakan kedua-dua mereka turut menjadi pegawai tentera satu hari nanti.

"Saya percaya kedua-dua anak ini mempunyai semangat wira yang diwarisi daripada ibu bapa mereka yang bertugas sebagai anggota tentera," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments